Monday, 25 September 2017

Spiral Spaghetti ala Ratatouille ->..->

Di atas permintaan rakan-rakan di FB yang mem-view album resipi saye...dan merequest resipi dari saye terutamanya Epa Hassan...Dengan berbesar hati sekali saye sanggup dan rela membocorkan resipi turun temurun nenek moyang..huahuaaa...Kawan2, nak masakan sedap ni sebenonye kena ade satu skill, skill 'pandai agak-agak'...cmno tu? maksudnye, kalau orang tanye bape banyak lada nak letak? agak2 jer...ha gitu er...hikhik


~Ha menarik tak spaghetti saye ni? (klu xmenarik sudah, ade ku kesah..)
 

Bahan2:

Spiral Spaghetti 250gram/setengah paket - 4 org makan (nak pasta lain pun boleh elbow ke,shell ke ikut sedap mate..saye suka guna brand San Remo atau Fusilli)
*Seafood - Udang, sotong dsb...tapi saye suka guna udang saje (Udang saiz L atau M)
*Minced chicken/beef
*Lada kering - gunting dan direbus
Bawang besar - sebiji
Bawang putih - 4 ulas
Sos Tiram
*Sawi batang hijau
*Carrot - dipotong panjang macam dalam gambar
Telur - 2biji
Garam dan bahan perasa
(* = Ikut korang ler kalo suka letakla lebih...ikut tekak memasing yer)

Cara Memasaknye:
 
1. Dalam air mendidih masukkan spaghetti tadi. Kalau brand San Remo, 8minit dah masak. Pastu toskan airnya.
2. Lada kering yg dah direbus sampai lada kembang ditapis dan di blend bersama bawang besar dan bawang putih.
3. Panaskan minyak (biar lebih sikit supaya lada betul2 masak) dan masukkan bahan2 yang di blend tadi. Tumis lada sampai betul2 masak ye..Masukkan sos tiram agak2 aje...dalam 3/4 sudu la..Tambah garam dan bahan perisa.
4. Masukkan minced chicken/beef tumis sampai masak baru masukkan udang. Agak2 udang dah bengkok2 tu masukkan carrot dan tumis lagi. Masukkan pulak spaghetti. Gaul sampai rata dan rasa garamnya ok ke tak. Masukkan telur dan kacau.
5. Masukkan pula sawi gaul lagi sampai semua bahan2 agak kering. Kalau suka basah2 sikit bolehla angkat ikut suka hati...Siap!

 
NOTA KAKI:-
* Adik2/akak2 yg xtau cmne lada tu betul2 masak ialah tumis sampai lada keluar minyak balik. Kalau nak masakan yang berasaskan lada atau ditumis dengan lada ni sedap, rahsianye ialah cara menumis lada..kalau lada tak betul2 masak, tak sedap la jadinye...

~Sekian Selamat Mencuba~

Lamb Stew ala Mak Dara..uhuks


 
Bahan2:

1 kg daging kambing dipotong 2x2 in
4 btg celery dipotong 1 in panjang
2 bj carrot dipotong 1 inci panjang dan dibelah 4
4 bj kentang potong 2x2 in
4 bj tomato besar dikisar agak halus
2 bj bawang besar dipotong dadu biasa
6 ulas bawang putih dicincang atau blend
1 tin cendawan butang dibelah 4
1 tin tomato puri 250g
1 tin tomato sup 250g
2 sdt lada hitam yg ditumbuk kasar ( kalau nak pedas tambah lagi)
2sdb cili kering blend
Garam dan gula
Minyak utk menumis


Caranya:

1. Panaskan minyak dalam periuk yg tak melekat
2. Tumis bawang besar dadu dan bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan lada kering dan lada hitam. Gaulkan sebentar.
4. Masukkan daging lamb dan kacau sehingga bahan tumisan menyaluti daging. Tutup periuk. Biarkan sebentar sehingga daging lembut , atas api sederhana.
5. Masukkan tomato puri, soup tomato dan tomato kisar tadi. Masukkan juga kentang dan carrot. 
6. Bila kentang dan carrot dah agak lembut masukkan celery dan cendawan. Biarkan atas api perlahan sehingga kuah agak pekat. 
7. Masukkan garam dan gula. Kacau rata.


Tadi kami gunakan periuk noxxa. Jadi nak lembutkan daging ambil masa 25 mins je. Stir fry kan dulu. Baru on hp 25 mins. Lepas masukkan bahan2 lain letak on LP 20 mins.. Siap Alhamdulillah...
 
 
 

RESEPI MAMIKAT HATI PAPA TERSAYANG di RUMAH~~ ececehh


 
Hurm. Seperti biasa, bila sedang berada di rumah ku surga ku Entry mesti akan jadi seperti di tulis oleh bini orang yang berSuri Rumah sepenuh masa. Dan apa bila menjadi Suri Rumah sepenuh masa, isi-isi di setiap entry perlu di selitkan kan dengan kisah-kisah menyental pakaian sehingga putih dan bersih, jemuran yang tidak kering kerana musim tengkujuh sudah tiba lalu baju menjadi hapak, dan jugak tidak ketinggalan bagaimana menyediakan sajian-sajian istimewa untuk memikat hati Si Suami. =)

Jadi, saya sebagai pengarang cerita A.K.A Suri rumah sepenuh masa dalam sebulan lebih nie, ingin berkongi resepi kejayaan bagaimana menyediakan juadah istimewa bagi mengharmonikan rumah tangga tunggak kesejahteraan negara [Dah macam tajuk Forum Perdana Ehwal Islam la pulak aku tengok. =) ]


Resepi yang saya ingin kongsikan bersama anda pada petang ini adalah bagaimana menyediakan Ciss Kek lazat penuh berkrim di sukai ramai.

Okeh. Mari kita mulakan....



 
Untuk bahan-bahan lihat rajah dan cerita-cerita di bawah yaa.




1. Biskut marie


2. Filling - Ikut suka nak perasa apa, blueberry ke, staberry ke, kiwi ke, dan boleh di dapati di kedai kek


3. Buah kiwi - Untuk hias. Sebab i guna filling perisa kiwi, jadi i guna buah kiwi. Macam tak comel la pulak kalau guna buah petai tetiba kan. So better match kan dengan filling yang kita beli.


4. Tepung - I beli kat kedai kek Sayang kat Lagenda Height SP, dia dah mix siap-siap. Kalau u tak jumpa yang mix siap-siap boleh guna bahan-bahan macam kat blog nie. Tapi leceh sikit laa nak kena beli 1-1 . Kos pun banyak, boleh cecah 20-30. Kalau yang di mix siap-siap rm12.50 jerr. hehe.


5. Wipping cream - Sila beli di kedai kek jugak. Cari kat Popular tak kan jumpak hokeh.


 


 

Kemudian. Cara-caranya pulak. SANGAT SIMPLE.



 
Timbang air 300gram.





 
 
Masukkan dalam tepung chesee cake yang siap di mix tadi.




 
 
Kacau sampai sebati.




 
 
Masukkan pulak wipping cream. Kacau dan kacau lagi. Kacau kuat-kuat sampai smooth dan tak berketul-ketul. Dah siap. Letak tepi.



 
 
Biskut meri tadi, hancurkan dengan blender. Masak separuh butter sampai cair dan gaul dengan biskut meri tadi. Campur butter tadi sampai biskut tu macam lembap-lembap dan boleh di kepal-kepal serta melekat. Kalau kering sangat nanti bila nak makan dia hancur. Lagi lembap lagi bagus.




 
 
Masukkan biskut meri tadi dalam acuan. Ratakan, tekan dan pijak-pijak kuat-kuat sampai padat.




Masukkan bancuhan cheese tadi. Jugak ratakan. Tak payah tekan-tekan dan pijak-pijak sebab dia lembik. Cuma perlu ratakan dengan lemah lembut gemalai serta penuh kesopanan dan tata susila. Kalau ganas-ganas dia akan bercampur dengan serbut roti di lapisan bawah. Lepas tu dah tak segak ciss kek kamu. Jangan ya. Ikut nasihat saya.


 


-Iklan sebentar-



-Iklan tamat-



 

Ratakan sampai jadi macam nie yerrr.


 



Kemudian, susun buah kiwi tadi mengikut kreativiti masing-masing. Letak filling kiwi dan rata kan secara lemah lembut jugak. Kalau ganas-ganas akan membuatkan bancuhan chesee cake yang putih tu bercampur dengan filling lalu jadi tak cantik.


 


Bila dah di siap dengan segak dan sangat berpuas hati, boleh masuk dalam beti ais, simpan sampai dah rasa keras macam makan kat kedai tuh. Tak payah bakar pun. Serius. Kan i cakap tadi, ini resepi cis kek paling simple dan hasil sangat lah memuaskan. Lepas nie tak payah dok ulang pi beli kat Secret Recepi lagi. Buat sendiri jee.


 


Kalau nak try filling stawberri pun boleh. Tiada paksaan dalam islam. Lepas tu boleh susun buah stawberi pulak. Perhh. Mesti cun melecun laaa ciss kek engkau kan. Eh, lagi satu.. kalau nak tabur oreo pun bules. Jadi Cis kek oreo nanti. Kalau tabur biskut pat segi Hupseng jadi ciss kek biskut pat segi Hupseng. Senang saja kan.



 

Dari pandangan sisi ciss kek i nampak macam nie. Ada 3 layer.


 

Okeh. Ini saja tips menarik untuk petang ini. Boleh terus cuba buat. Dan malam nie boleh terus ngap. Tata.